Terdapat banyak kelebihan jika
anda pandai berenang. Disini, saya senaraikan beberapa kelebihan
berenang yang perlu anda ketahui, antaranya:-
-
Berenang merupakan satu aktiviti senaman yang tidak menggunakan
kekerasan. Tambahan pula, seluruh badan anda disokong oleh air semasa
anda menjalankan aktiviti ini. Kebaikannya, tiada tekanan kuat yang
menekan sendi-sendi tulang anda berbanding membuat senaman di atas
darat.
-
Semasa anda menjalankan aktiviti renang, hampir keseluruhan otot
utama, jantung dan paru-paru anda akan berkerja. Perkara ini boleh membuatkan tubuh badan anda akan merasa lebih segar, ringan dan berstamina setelah anda keluar daripada air.
-
Aktiviti renang dapat membakar kalori tubuh badan
anda. Ini kerana, semasa berenang, tubuh badan anda akan merasa lebih
berat untuk bergerak di dalam air. Apabila anda berusaha untuk
bergerak, tenaga yang diperlukan oleh anda juga tinggi sehingga
pergerakan anda itu dapat membakar 24% kalori yang wujud dalam tubuh
anda. Disebabkan itulah, kebanyakan doktor di Malaysia menyarankan pesakit obesiti menjalankan aktiviti ini agar mereka dapat menurunkan berat badan yang dimiliki.
-
Aktiviti renang memerlukan anda mengamalkan bentuk postur badan
yang betul. Apabila anda berdisplin dalam hal ini, aktiviti ini boleh
membina kekuatan dan ketahanan otot-otot badan anda. Disamping itu
juga, ia dapat melentur dan menghasilkan tubuh badan yang menarik buat anda.
-
Aktiviti renang mampu memberikan anda ketenangan dan mengurangkan keadaan stress
yang wujud dalam diri anda. Apabila anda tenang dan tidak stress,
keadaan jantung anda akan menjadi normal. Perkara ini mampu membantu
anda dalam mengurangkan risiko daripada terkena pelbagai penyakit yang berprofail tinggi seperti sakit jantung.
-
Aktiviti renang adalah senaman dan sukan yang paling sihat dan selamat
daripada risiko mendapat kecederaan. Ini kerana, aktiviti ini tidak
melibatkan perbuatan yang aggresif seperti bermain permainan di darat.
Contohnya: Futsal.
-
Aktiviti renang mampu melahirkan insan yang tenang, berani dan tidak panik semasa menghadapi saat kecemasan
ketika berada dalam air. Ini kerana, apabila seseorang itu pandai
berenang, sudah tentu insan yang berkenaan mampu berfikiran dengan lebih
rasional dan tahu apakah tindakan yang perlu diambil bagi
menyelesaikan situasi kecemasan yang dihadapi.
Ya! Itulah kelebihan-kelebihan aktiviti renang. Terdapat
banyak lagi kelebihan aktiviti ini sebenarnya yang saya sendiri pun
tak dapat bayangkan. Inilah aktiviti senaman yang seharusnya anda pilih
supaya anda mendapat kelebihan-kelebihan yang telah saya nyatakan di
atas.
Sumber: http://www.teknikberenang.com/
1 komentar:
Aseek :D makasih infonya kakak
Posting Komentar